Iklan sebentar

Friday, 18 March 2011

Inilah kisah sedihku

  1. Korang wat satu entry yang bertajuk "Inilah kisah sedihku". Dan letakkan banner ni kat entry tu dan linkkan ke sini. -Atok dah buat ^_^  -
  2. Korang tulis tajuk cerita korang sebelum memulakan cerita korang. -Atok dah buat ^_^  -
  3. Tinggalkan link korang kat komen bawah. -Atok dah buat ^_^  -
  4. Panjang cerita korang boleh melebihi 100 perkataan. "Nak panjang macam novel pun boleh" -Atok dah buat ^_^  -
  5. Cerita tu boleh rekaan ataupun betul. "Asalkan sedih sampai Adib n pembaca meleleh air mata" -Atok dah buat ^_^  -
  6. Bukan follower pun boleh join.. "follower digalakkan supaya senang connect". -Atok dah buat ^_^  -
  7. tag dua orang kawan korang... -Atok dah buat ^_^  -


    Klik gambar untuk joint



    "Kakak Dalam Kenangan"


    Esok genap tiga minggu kakak pergi meninggalkan kami.  Usianya muda sangat.  Tak sampai pun setahun. Kakak baru sekali menyambut hari raya puasa bersama-sama pada tahun ni.  Aku masih ingat lagi kakak makan lemang! Suka sangat dia dengan lemang.  Tapi itu semua sudah menjadi kenangan.  Kakak tiada di dunia lagi.  Mungkin ajal kakak sudah tiba. Kami pasrah dengan pemergiannya.

    Kakak memang istimewa. Aksinya yang manja. Keletah yang comel. Rupanya seperti kartun Tom and Jerry.  Jari kakak ada cincin semulajadi! Bulunya hitam tetapi di sekeliling jarinya ada bentuk seakan cincin bewarna putih.  Kami sekeluarga pasti tergelak melihat aksinya bermain.  Malah cara kakak merehatkan dirinya pun macam manusia! Duduk bersimpuh.  Kakak selalu tidur bersama Mak Su.  Mak Su gemar memeluk kakak. Tiap-tiap malam Mak Su mesti mencari kakak. Kemudian barulah dia masuk tidur. Mak Su dan kakak memang rapat sejak dari dulu lagi.

    Entah macam mana seminggu sebelum pemergian kakak, aku rasa rapat sangat dengannya. Jika sebelum ini, hendak merapatkan dengan kakak, kakak pasti akan lari menjauhkan diri. Mungkin kakak takut dengan aku. Sebabnya aku tidak selalu bermanja dengannya. Aku hanya melebihkan adik kakak yang bewarna putih. Ondok. Kakak berwarna hitam. Bulu dia bersih dan cantik. Bulu adiknya pun cantik. Gebu. dan putih.  Masa kakak nak menjilat bulunya, ia pasti duduk seakan manusia. Kadang-kadang aku tergelak melihat aksi kakak. Sejak itu, aku dan kakak makin rapat. Dia pun tidak melarikan diri lagi. Kalau aku usap kepalanya, dia akan tunduk dan kemudian berdengkur.

    Sebulan sebelum pemergian kakak, Ondok sakit. Ondok adik kakak. Mereka hanya dua beradik sahaja.  Dia tidak boleh berjalan langsung! Kakinya seakan lumpuh. Aku syak dia mesti terkena sengatan serangga berbisa.  Sejak dari itu, kami adik-beradik bergilir-gilir memberikan susu pada Ondok. Ondok terberak dan terkencing di situ juga. Kami juga yang bersihkan. Dan yang paling mengharukan, sepanjang Ondok sakit kakaklah yang setia menemaninya. Kadang-kadang Kakak cuba mencuit-cuit hidung Ondok ajak bermain. Tetapi Ondok hanya kaku ditempatnya. Hanya matanya saja mampu berkelip.  Seluruh anggota badannya hanya kaku terbaring di lantai.

    Alhamdulillah masuk minggu kedua, Ondok semakin pulih. Ia sudah boleh bangun dan makan sendiri. Walaupun jalannya tidak lancar dan tertempang-tempang tetapi Ondok cuba gagahi juga langkahannya jika ingin terberak atau terkencing. Ia seolah-olah tidak mahu menyusahkan kami lagi. 

    Ondok dan Kakak boleh bermain semula. Ondok masih lagi tempang tetapi dia mampu mengejar kakak keliling rumah! Apabila sudah dapat menangkap kakak, kini giliran kakak pula yang mengejar Ondok. Mereka berdua bermain sampai ke petang.  Kadang-kadang mereka berdua akan melepak di atas jaring bangsal cendawan. Seakan duduk bersantai di dalam buaian di tepi pantai.  Terbuai-buai jaring tu jika mereka bergurau-senda. Kakaklah sumber kekuatan Ondok untuk kembali pulih.

    Dua hari sebelum pemergian kakak, kakak tak balik-balik rumah. Kami risau. Entah sudah makan ataupun belum. Esoknya kakak balik ke rumah juga. Tetapi kakak mengiau-ngiau nyaring. Suaranya seakan menahan kesakitan. Kami lihat mulut kakak berbuih.  Kakak pula sakit! Ondok cuba bermain dengan kakaknya, tetapi kakak hanya mampu memandang dengan pandangan menahan kesakitan. 

    Kami cuba kenal pasti sakit kakak. Tiada kesan tulang tersangkut. Ataupun terminum racun. Kini kakak pula yang terlantar sakit. Tetapi kini Ondok pula setia menemani kakaknya.  Mata Ondok seakan berair melihat penderitaan kakak. Jika boleh, dia mahu berkongsi sama penderitaan tu. Ia tak mahu kakaknya tanggung seorang diri. Ondok hanya merenung saja muka kakak sepanjang malam.

    Akhirnya pada tanggal 11.11.2010, kakak telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.  Tiada lagi kucing yang mempunyai cincin dijari. Tiada lagi kucing yang boleh duduk bersimpuh seperti manusia. Tiada lagi kucing yang comel seperti kartun tu.  Kakak sudah tiada!  Aku kesal sebab tidak dapat melihat kakak buat kali terakhir memandangkan aku tidak berada di kampung masa tu. Kesian Ondok. Tiap-tiap malam dia mengiau mencari kakak. Puas cari kat dapur, dia cari kat jaring bangsal. Puas kat jaring bangsal, dia cari kat halaman rumah. Ia berlegar keliling rumah mencari kakak untuk ajak bermain sama.  Tetapi kakak tetap tidak ada.  Kini Ondok tidak lagi seaktif dulu. Dia tidak banyak bergerak lagi.  Jalannya pun semakin tempang. Malah makin teruk. Mukanya cengkung.  Mungkinkah Ondok rindukan kakak....

    Walaupun mereka hanyalah kucing, tetapi tidak perasankah kalian dengan keakraban dan kasih-sayang mereka yang Tuhan hendak tunjukkan pada kita? Tetapi kenapa kita yang bergelar manusia ciptaan terhebat , yang mempunyai akal dan fikiran ini masih membuang ibu ayah? anak? berbunuh adik-beradik? bermasam muka? tidak bertegur sapa hanya kerana masalah yang kecil. Fikirkanlah wahai mahkluk yang hebat.





    Untuk kakak, semoga kau aman di sana...
    :'-(
















    oleh,
    Suhami Ahmad

    No comments:

    Post a Comment